Retorik Penceritaan Dalam HikayatMerong Mahawangsa Narrative Rhetorical in Hikayat Merong Mahawangsa

Authors

  • Rohaidah Kamaruddin, Muhammad Nur Akmal Rosli, Minah Mohammed Salleh, Zuraini Seruji, Sharil Nizam Sha’ri, Veeramohan Veeraputhran , Manimangai Mani

Abstract

Retorik adalah seni pemakaian bahasa yang menarik, indah dan estetik. Selain itu, retorik juga merujuk kepada penggunaan bahasa yang berketerampilan, sopan dan berkesan dalam berkomunikasi. Penerapan retorik dalam sesuatu penulisan atau percakapan adalah untuk memujuk atau mempengaruhi khalayak. Dalam kajian ini, pengkaji ini mengkaji tentang penggunaan retorik dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan teknik retorik peceritaan dan kekerapan penggunaannya dalam Bab IV, Hikayat Merong Mahawangsa berdasarkan Teori Retorik Moden (1993). Kajian ini dilaksanakan berpandukan Teori Retorik Moden (1993) oleh Enos & Brown. Bahan kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah sebuah buku hikayat Melayu yang diperkenalkan oleh Siti Hawa Haji Salleh (1998) iaitu Hikayat Merong Mahawangsa. Namun, kajian ini memfokuskan kepada satu bab sahaja dalam Hikayat Merong Mahawangsa iaitu Kisah Pengislaman Maharaja Derbar Raja II dan pengumpulan data bagi kajian ini adalah melalui kaedah analisis teks. Sehubungan dengan itu, keputusan kajian ini menunjukkan bahawa penulis Hikayat Merong Mahawangsa telah mengaplikasikan teknik retorik penceritaan seperti teknik situasi atau peristiwa, dialog, monolog, imbas kembali dan latar tempat dan masyarakat. Oleh itu, jelaslah bahawa penerapan retorik dalam penghasilan karya kreatif terutamanya hikayat dapat menjamin kualiti penulisan yang baik dan menarik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-11-03

How to Cite

Rohaidah Kamaruddin, Muhammad Nur Akmal Rosli, Minah Mohammed Salleh, Zuraini Seruji, Sharil Nizam Sha’ri, Veeramohan Veeraputhran , Manimangai Mani. (2020). Retorik Penceritaan Dalam HikayatMerong Mahawangsa Narrative Rhetorical in Hikayat Merong Mahawangsa. PalArch’s Journal of Archaeology of Egypt / Egyptology, 17(9), 891 - 918. Retrieved from https://archives.palarch.nl/index.php/jae/article/view/3566

Most read articles by the same author(s)